February 25th, 2020

Sudah lama kita tidak mendengar sebarang perkembangan terbaru tentang pelakon Sherry Ibrahim, namun tiba-tiba sahaja namanya kembali menjadi bualan hangat di media sosial.

sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat warna kulit

Gara-gara memuat naik fotonya memakai seluar sukan berwarna ‘nude’ menyerupai warna kulit, Sherry dikecam tidak menjaga imej muslimah.

Rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan Sherry itu, sehingga ada yang memberikan komen kasar dan ibaratkan pelakon itu seperti berbogel kerana seluar tersebut dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat

Malah, ada juga netizen yang menasihati Sherry untuk berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang foto ke media sosial agar ia tidak mengundang fitnah.

Mungkin tidak mahu dirinya terus dikecam, Sherry nampaknya sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya. Apa-apa pun, terimalah teguran dengan hati terbuka dan harapnya selepas ini Sherry akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik foto dia media sosial, bukan semua benda kita harus kongsikan dengan umum.

Sumber Berita : Astro Gempak

10 responses to “Sherry Ibrahim Dikecam Pakai Seluar Ketat Warna Kulit”

  1. Anonymous says:

    Hadussshhhh!!!

  2. korok says:

    salah satu taktik biler dh sendu…cam banggang mmg saja nak soh org kecam supaya dia hot balik…memalukan imej muslimah…sok org kata bukak je la tudung tu ko salahkan netizen pdhal dh besar bagak bau tanah

  3. Anonymous says:

    pandai lak tutup dengan beg… tau pulak malu… artis sampah…sikit hari lagi bukak tudung..tengoklah

  4. Anonymous says:

    Bila artis nak menjual produk sendiri…mcm telanjang dah

  5. Anonymous says:

    sebenarnya yang lelaki komen mungkin nampak pervert. tp yang perempuan, malu. kenapa tutup dengan beg tu? dah nak tunjuk, tunjuk jelah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini