Sherry Ibrahim Dikecam Pakai Seluar Ketat Warna Kulit

Hiburan

Sherry Ibrahim Dikecam Pakai Seluar Ketat Warna Kulit

Sudah lama kita tidak mendengar sebarang perkembangan terbaru tentang pelakon Sherry Ibrahim, namun tiba-tiba sahaja namanya kembali menjadi bualan hangat di media sosial.

sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat warna kulit

Advertisement

Gara-gara memuat naik fotonya memakai seluar sukan berwarna ‘nude’ menyerupai warna kulit, Sherry dikecam tidak menjaga imej muslimah.

Rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan Sherry itu, sehingga ada yang memberikan komen kasar dan ibaratkan pelakon itu seperti berbogel kerana seluar tersebut dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat sherry ibrahim dikecam pakai seluar ketat

Malah, ada juga netizen yang menasihati Sherry untuk berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang foto ke media sosial agar ia tidak mengundang fitnah.

Mungkin tidak mahu dirinya terus dikecam, Sherry nampaknya sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya. Apa-apa pun, terimalah teguran dengan hati terbuka dan harapnya selepas ini Sherry akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik foto dia media sosial, bukan semua benda kita harus kongsikan dengan umum.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...