Sherry Ibrahim Berang Perancang Perkahwinan Terkenal Kaitkan Dirinya Dengan Persandingan FattZura

Hiburan

Sherry Ibrahim Berang Perancang Perkahwinan Terkenal Kaitkan Dirinya Dengan Persandingan FattZura

Percintaan Sherry Ibrahim dan Fattah Amin sudah lama terkubur tetapi sehingga hari ini masih ada lagi pihak yang mahu terus berbicara tentang mereka.

Advertisement

Terbaru, Sherry sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi apabila seorang perancang perkahwinan terkenal mengaitkan dirinya dengan persandingan FattZura yang diadakan Ahad lalu. Sherry menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik “screnshoot” komen pihak terbabit yang dianggap agak biadap.

Beberapa rakan artis juga turut menyelar tindakan perancang perkahwinan tersebut yang sengaja ingin mencetuskan provokasi.

Sejujurnya, tidak perlu lagi mengaitkan diri Sherry dengan kisah lalunya. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tindakan itu hanya akan menimbulkan salah faham serta menyakiti hati pihak lain. Adakah ini cara untuk pihak tersebut meraih publisiti?

Sumber Berita : Instagram Sherry Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...