Pelakon dan personaliti TV, Sherry Ibrahim meluahkan rasa berang apabila dirinya dituduh meroyan dan tidak ‘move on’ daripada seorang individu di media sosial.
Dalam hantaran TikTok itu, Sherry meminta orang ramai untuk tidak menulis komen negatif sesuka hati sekaligus memfitnahnya.
Difahamkan, seorang individu telah meminta Sherry untuk ‘move on’ dan kemudiannya mendapat respon daripada aktres itu.
Move on pasal apa ya? Awak ada masalah part mana, boleh terangkan tak? Tak ada siapa nak condemn, awak je yang rasa macam tu dan nak tulis supaya orang membenci dan ia adalah fitnah.
Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti jangan suka hati nak komen macam tu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?
Malah, Sherry juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu jika masih beriya meninggalkan komen seperti itu di media sosialnya.
@sherry_ibrahim Replying to @Norimi
Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dekat TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on. Sudah masuk tahun baru tak ada benda yang perlu dikaitkan.
Sekali lagi awak tulis…awak tunggu peguam saya. Take care dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci.
Sebelum ini, Sherry dikritik netizen gara-gara meninggalkan komen dan ucapan buat pelakon Fattah Amin usai sahaja aktor itu bercerai dengan Nur Fazura pada tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.