Ketika gosip percintaan bekas kekasihnya, Fattah Amin sedang hangat diperkatakan ramai, timbul pula persoalan dikalangan peminat bagaimana pula dengan status terkini pelakon Sherry Ibrahim. Adakah beliau sudah bertemu pengganti?
Saya ada ramai kawan, tetapi belum ada menjalin hubungan yang serius ke peringkat hubungan cinta. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk berkenalan dan sebagainya.
Lagipun saya seorang yang akan mengambil masa yang lama untuk berkenalan dan menjalinkan hububungan cinta. Tetapi bila saya berjumpa dengan orang yang sesuai nanti insya-Allah saya akan bercinta juga.
Dalam pada itu, Sherry menafikan kegagalan cintanya bersama Fattah sebelum ini membuatkan beliau sukar untuk bercinta lagi. Apa yang terjadi dahulu dijadikan sebagai pengajaran di dalam hidupnya.