September 4th, 2014

Gemuk adalah satu perkataan taboo dan sangat sensitif untuk wanita. Kalau wanita yang dah berkahwin gemuk tak apalah juga. Ia gemuk bermaruah bak kata isteri Abang Nara. Hehehe. Namun kalau masih bujang dan dipanggil gemuk oleh orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti yang dialami oleh Sherry Alhadad, memang pedih jiwa raga dibuatnya. Pasti makan dalam punya.

sherry alhadad

Pengacara baru Melodi ini diejek gemuk oleh penonton rancangan tersebut baru-baru ini. Biasalah semua manusia lebih gemar melihat selebriti yang kurus berbanding yang bersaiz besar. Ia seperti sudah menjadi norma masyarakat. Yang gemuk memang kurang disenangi dan kurang popular. Namun Abang Nara respek kepada Sherry kerana tidak menjadikan ejekan tersebut sebagai pematah semangatnya. Kata Sherry:-

Ini bukan kali pertama perkara ia berlaku, cuma saya tidak mahu mereka menghina kami di laman sosial kerana ia memberi kesan kepada wanita berbadan besar lain menyebabkan mereka kurang keyakinan diri.

Saya tidak patah semangat dengan ejekan seperti itu sebaliknya saya lebih bersemangat untuk menunjukkan bakat yang saya ada membantu saya untuk berada dalam industri ini.

Saya selesa dengan keadaan saya sekarang selagi ia tidak menjejaskan kesihatan, kalau saya mahu kurus sekalipun ia kerana nasihat doktor atau kerana masalah kesihatan dan bukan kerana ingin nampak cantik atas desakan masyarakat.

Pada saya cantik atau buruk itu sesuatu yang subjektif dan berbeza-beza di mata orang dan saya anggap apa yang saya ada ini satu kelebihan.

sherry alhadad

Buat wanita-wanita bersaiz besar di luar sana, mungkin kata-kata hikmah daripada Sherry Alhadad di bawah ini boleh dijadikan motivasi untuk anda berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kegemukan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. Kata Sherry lagi:-

Hidup ini indah kalau semua orang menilai orang lain bukan hanya pada luaran semata-mata. Ramai orang yang serba kekurangan tetapi mempunyai bakat besar tetapi malu untuk tampil kerana takut dihina masyarakat.

Pada saya biarlah dia orang ingin cakap apa sekalipun, kerana suatu hari nanti mereka akan berhenti. Lihat sahaja artis-artis lain yang sudah ada nama seperti Adibah Noor dan Afdlin Shauki, mereka sudah berada pada tahap mereka sendiri

sherry alhadad

Hanya satu cara sahaja untuk membuktikan ejekan tersebut tidak mematahkan semangat Sherry Alhadad. Sherry perlu tunjukkan peningkatan yang memberangsangkan ketika mengacara Melodi. Buat program itu lebih menarik berbanding dahulu. Jadikan penonton melekat di kaca televisyen kerana anda. Hanya dengan cara tersebut barulah saiz badan anda tidak akan menjadi bahan ejekan lagi.

P.S: Okay mana nak beli botol air yang rata nie? Senang sikit nak simpan dalam beg


Comments are closed.

Loading...