March 31st, 2016

Drama-drama yang diterbitkan di Malaysia biasanya menampilkan heroin yang cantik jelita dan langsing bagi menarik perhatian penonton. Menampilkan pelakon wanita berbadan besar sebagai bintang utama dikira satu pertaruhan dan selalunya penerbit tidak berani mengambil risiko tersebut.

Justeru, drama Cinta 100kg arahan Megat Shah Rizal dan terbitan Playground Pictures harus mendapat pujian kerana berani mengambil risiko untuk menampilkan Sherry Al Hadad bergandingan dengan pelakon kacak Fezrul Khan dan Zain Ruffedge dan ia kini sedang ditayangkan di Slot Dahlia TV3.
 photo 10584629_843230799120972_540520139_n.jpg
Kepada Media Hiburan, Sherry memberitahu:

Kalau dahulu pelakon yang mempunyai fizikal yang besar kurang mendapat perhatian, inikan pula mendapat peluang sebagai bintang utama.

Kini tidak lagi, dan saya percaya mereka semakin bijak menilai bakat yang ditonjolkan bukan bergantung kepada rupa paras dan fizikal yang menarik sahaja.

Walaupun gembira, Sherry mengakui dia berasa risau jika ada pihak yang bosan atau jemu jika wajahnya sering dilihat menghiasi skrin.

Kebetulan drama yang saya lakonkan semua disiarkan pada waktu lebih kurang sama, jadi jika mereka menonton televisyen, memang akan kerap melihat muka saya.
Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati melakonkan sesuatu watak yang diberikan kepada saya, takut nanti nampak sama di mata mereka yang menonton.


 photo 10013045_822003881245288_1108241173_n.jpg

Masyarakat kini sebenarnya lebih terbuka dan boleh menerima pelakon berbadan besar seperti Sherry asalkan berbakat, bukan? Kalau cantik dan langsing tetapi lakonan ‘kayu’ bakal mendapat kutukan saja. Penonton juga akan menonton drama yang menampilkan jalan cerita dan skrip yang menarik.

Sekiranya Melissa McCarthy yang berbadan besar mampu menarik penonton untuk menonton filemnya di Hollywood sehingga menjadi box-office, mengapa tidak Sherry mampu untuk menarik penonton bagi menaikkan rating drama? Ini merupakan satu perkembangan yang menarik untuk industri drama tempatan.

Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal adalah resepi yang dimudahkan bagi pengemar Kuah Kacang Dan Pecal..Satu- satunya…

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 1 March 2016


Comments are closed.

Loading...