Sherlie Merlis Tak Sangka Kisah Mohon Pertolongan KKM Jadi Topik Perdebatan Netizen

Hiburan

Sherlie Merlis Tak Sangka Kisah Mohon Pertolongan KKM Jadi Topik Perdebatan Netizen

Pelakon, Sherie Merlis memaklumkan kini keadaan seisi rumah dan keluarganya sudah bertambah baik selepas berdepan dengan kesukaran yang menimpa mereka baru-baru ini.

Sherie Merlis
3 years ago

Adik Positif COVID-19, Sherie Merlis Mati Akal Fikirkan Rumah Padat Dengan 11 Penghuni

Advertisement

Menurut Sherie, dia turut berasa syukur kerana sudah mempunyai kelapangan untuk kembali semula melakukan penggambaran tanpa perlu terlalu bimbang dengan keadaan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer.

Alhamdulillah, saya pun sudah pulang ke rumah sendiri. Apabila penggambaran sudah dibenarkan, saya pun sudah kembali bekerja. Syukur juga sekarang ada pembantu perubatan memantau ibu yang terlantar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

Dalam pada itu, pelakon drama I-Tanggang – Mother of All Lies itu turut memberitahu bahawa dirinya berasa terkejut dengan perdebatan yang berlaku dalam kalangan netizen tentang kisahnya memohon bantuan maklumat membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.

Katanya, dia tidak terasa pun dengan komen-komen yang diterima tetapi cuma tidak menyangka ia menyebabkan sampai ada bertelingkah mengenainya.

Sherie Merlis sekeluarga

Terdahulu, Sherie merayu kepada pengikutnya di Instagram selepas buntu untuk mendapatkan pusat kuarantin buat adik perempuannya yang positif COVID-19 pada Ogos lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...