Pelakon, Sherie Merlis memaklumkan kini keadaan seisi rumah dan keluarganya sudah bertambah baik selepas berdepan dengan kesukaran yang menimpa mereka baru-baru ini.
Menurut Sherie, dia turut berasa syukur kerana sudah mempunyai kelapangan untuk kembali semula melakukan penggambaran tanpa perlu terlalu bimbang dengan keadaan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer.
Alhamdulillah, saya pun sudah pulang ke rumah sendiri. Apabila penggambaran sudah dibenarkan, saya pun sudah kembali bekerja. Syukur juga sekarang ada pembantu perubatan memantau ibu yang terlantar.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama I-Tanggang – Mother of All Lies itu turut memberitahu bahawa dirinya berasa terkejut dengan perdebatan yang berlaku dalam kalangan netizen tentang kisahnya memohon bantuan maklumat membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.
Katanya, dia tidak terasa pun dengan komen-komen yang diterima tetapi cuma tidak menyangka ia menyebabkan sampai ada bertelingkah mengenainya.
Terdahulu, Sherie merayu kepada pengikutnya di Instagram selepas buntu untuk mendapatkan pusat kuarantin buat adik perempuannya yang positif COVID-19 pada Ogos lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.