Sherie Merlis Nafi Selebriti Sering Dapat Layanan Istimewa

Hiburan

Sherie Merlis Nafi Selebriti Sering Dapat Layanan Istimewa

Pelakon, Sherie Merlie menafikan hanya kerana mereka merupakan selebriti, masalah yang dihadapi oleh mereka sering didengari dan diselesaikan dengan cepat.

Sherie Merlis IG
3 years ago

Sherie Merlis Dah Dibantu, Ahli Keluarga Positif COVID-19 Kuarantin Di Hotel

Advertisement

Menurut pelakon berumur 49 tahun itu, dia tidak sama sekali merasakan golongan selebriti mendapat layanan istimewa setiap kali mereka memerlukan bantuan seperti yang disangkakan oleh segelintir pihak.

Saya tak rasa begitu. Pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sudah berikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada semua masyarakat dan rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

Dalam sesi siaran langsung di Instagram miliknya yang turut disertai oleh pengasas Klinik Mega Zahran, Ummul Khairiyah Abdul Rahman dan ketua pegawai klinik itu, Dr Sazarul Zafira Zainal Abidin, beliau turut menyeru agar KKM memperbaiki kelemahan yang ada dan mencari penyelesaian bagi membantu rakyat terutamanya pesakit COVID-19.

Saya juga tidak pernah menyalahkan petugas barisan hadapan. Namun, saya benar-benar berharap supaya pihak berwajib dapat memperbaiki sistem mereka ke arah yang lebih cekap,

Pelakon itu turut mengucapkan rasa syukur apabila dia serta lima ahli keluarga lain sudah pun selesai menjalani tempoh kuarantin termasuk empat ahli keluarga yang positif COVID-19.

Terdahulu, Sherie telah merayu kepada pengikutnya di Instagram setelah buntu untuk mendapatkan pusat kuarantin buat adik perempuannya yang dijangkiti COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...