Pelakon, Sherie Merlie menafikan hanya kerana mereka merupakan selebriti, masalah yang dihadapi oleh mereka sering didengari dan diselesaikan dengan cepat.
Menurut pelakon berumur 49 tahun itu, dia tidak sama sekali merasakan golongan selebriti mendapat layanan istimewa setiap kali mereka memerlukan bantuan seperti yang disangkakan oleh segelintir pihak.
Saya tak rasa begitu. Pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sudah berikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada semua masyarakat dan rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
Dalam sesi siaran langsung di Instagram miliknya yang turut disertai oleh pengasas Klinik Mega Zahran, Ummul Khairiyah Abdul Rahman dan ketua pegawai klinik itu, Dr Sazarul Zafira Zainal Abidin, beliau turut menyeru agar KKM memperbaiki kelemahan yang ada dan mencari penyelesaian bagi membantu rakyat terutamanya pesakit COVID-19.
Saya juga tidak pernah menyalahkan petugas barisan hadapan. Namun, saya benar-benar berharap supaya pihak berwajib dapat memperbaiki sistem mereka ke arah yang lebih cekap,
Pelakon itu turut mengucapkan rasa syukur apabila dia serta lima ahli keluarga lain sudah pun selesai menjalani tempoh kuarantin termasuk empat ahli keluarga yang positif COVID-19.
Terdahulu, Sherie telah merayu kepada pengikutnya di Instagram setelah buntu untuk mendapatkan pusat kuarantin buat adik perempuannya yang dijangkiti COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.