Alhamdulillah. Baru-baru ini Abang Nara ada berkongsi beberapa gambar Shera Aiyob yang dilihat tampil dengan imej bertudung. Ramai yang melahirkan rasa gembira sekiranya penghijrahan Shera ini benar-benar berlaku. Akhirnya Shera telah tampil mengakui yang dirinya sudah pun mengenakan tudung dan ia berlaku tanpa sebarang paksaan daripada suaminya, Zahiril Adzim.
Menariknya juga Shera Aiyob memaklumkan yang tiada kisah istimewa yang berlaku di sebalik penghijrahan ini. Iyerlah, selalu selebriti bertudung ini ada je cerita mimpi la, jumpa alim ulama la dan macam-macam lagi. Bagi Shera Aiyob, dirinya bertudung kerana rasa sudah sampai masa. Kata Shera:-
Tidaklah, tiada apa yang berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang.
Zahiril tidak memaksa, kerana dia percaya berubah demi orang lain bukan sesuatu yang dia suka. Jadi bila saya berubah dengan kehendak saya sendiri, perasaannya berbeza dan kita tahu ini sesuatu yang ikhlas.
Dia (Zahiril) tidak cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum.
Abang Nara yakin Zahiril Adzim selaku suami kepada Shera Aiyob adalah orang paling gembira dengan perubahan ini. Hati suami mana tak gembira apabila si isteri mengikut tuntutan syariat. Apa pun, semakin hari semakin ramai selebriti muda yang berhijrah mengenakan hijab. Semoga sedikit sebanyak ia akan memberi impak kepada masyarakat di luar sana. Sama-samalah kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.