Susulan kejadian tersebut, Shenty dalam kenyataan terbaru beliau di Harian Metro berkata beliau sangat trauma dengan apa yang berlaku dan sehingga kini masih fobia untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.
Malah, Shenty mengakui Syazwan yang sudah memohon maaf kepada ibu bapa beliau di Singapura ada merayu kepada beliau untuk kembali bersama.
Syazwan sudah berjumpa ibu bapa yang datang dari Singapura dan meminta maaf atas apa yang berlaku baru-baru ini.
Saya juga sudah menarik laporan polis yang dibuat sebelum ini. Maklumlah, industri seni kita bukan besar mana pun, lambat laun kami akan berjumpa juga dalam mana-mana acara hiburanâ€
Justeru, ada baiknya perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan kami kembali berbaik semula. Memang Syazwan ada merayu supaya saya menerimanya semula, tetapi buat masa ini hati saya belum terbuka.
Beberapa kali gagal dalam percintaan, kali ini Shenty menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan mahu bercinta selepas kahwin sahaja.