Sheng Tsung: Anak Malaysia Kelahiran Jepun Kembali Ke Malaysia

Trending

Sheng Tsung: Anak Malaysia Kelahiran Jepun Kembali Ke Malaysia

Baru baru ini jurulatih Harimau Muda A , Ong Kim Swee telah tweet berkaitan pemain muda Malaysia yang bermain di Liga China , Tam Sheng Tsung (18) telah dipanggil pulang nutuk menyertai latihan bersama Harimau Muda A. Pemain ini lahir di Jepun , tetapi ibu dan ayah adalah rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana untuk membuka Restoran Rasa Malaysia Cruise di Tokyo.

Tam Sheng Tsung ke malaysia

Advertisement

Sheng Tsung dan wakil kelab Shanghai Shenhua(Cheng Liong) tiba di malaysia petang kemarin dan dijemput oleh Pengurus skuad kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal(yang kulit gelap belah kiri) dan Naib Presdient FAM Datuk Faizal Abdullah(yang senyum je tu)

Walaupun dibesarkan di Jepun , Tam sekarang memegang pasport Malaysia , dan merupakan rakyat Malaysia. Sebelum mewakili Shanghai Shenhua , Tam pernah mewakili bawah 15 tahun Yokohama FC dan pada Mac 2011 beliau telah dihantar ke Cardiff City untuk menyertai latihan selama 3 bulan sebelum pulang ke jepun untuk menyertai akademi Sagan Tosu dan sekarang beliau menyertai kelub Shanghai Shenhua. Selain itu , Tam pernah bermain ketika kelabnya , Shanghai Shenhua bertemu Manchester United di perlawanan pra-musim pada 25.7.2012.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...