Nor Shafila Khairusalleh, 25 pernah menjadi Viral apabila gambarnya yang menghulurkan botol air mineral di stesen minyak Shell. Model Shell tersebut menjadi bualan ramai dengan orang ramai mengambil gambar bersama beliau dengan aksi yang kreatif.
Setelah gambar yang memegang botol ditukarkan dengan yang baru. Aksi “mencabul” pula digunakan oleh kaum lelaki di luar sana. Menurut Shafila, suaminya agak terganggu apabila melihat aksi “pose” yang lucah dilakukan pada patungnya. Namun suaminya masih tenang dan memahami akan keadaan yang terjadi.
Shell telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menarik balik semua “standee” di semua lokasi stesen minyak miliknya.