March 21st, 2016

Mengenali Sheila Rusly, ramai yang tahu beliau seorang yang agak tegas terhadap setiap artis yang terbabit didalam drama terbitan produksinya JS Pictures.

Sheila juga tidak gemar apabila ada antara artisnya menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran kerana tahu ia akan bukan sahaja akan menganggu emosi mereka tetapi segala proses sesebuah produksi.

Saya tidak suka kalau pelakon-pelakon yang terbabit dengan drama produksi saya menjalinkan hubungan cinta lokasi.

Pada saya ia akan menganggu perasaan mereka dan orang lain, saya tidak mahu ada perasaan cemburu dan perlu menjaga hati antara satu sama lain sehingga menganggu proses penggambaran.

Hari Sabtu lepas, drama berjudul Kau Aku Kita terbitan produksinya memenangi enam kategori utama dalam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Bercerita mengenai pembikinan drama tersebut, Sheila akui ia mempunyai cabaran tersendiri. ntara cabaran utama dalam proses pembikinan drama tersebut ialah memenuhi permintaan Saharul Ridzwan yang tidak mahu bersentuhan dengan wanita.

Setiap drama ada cabaran tersendiri, bagi Kau Aku Kita salah satu cabaran ialah memenuhi tuntutan Saharul sebagai seorang muslim yang tidak mahu bersentuhan.

Kami menghormati perkara itu dan ketika itu dia baru pulang dari menunaikan umrah. Jadi, kami mengambil pendekatan berlainan.  Kami terpaksa cari orang lain atau stand in untuk menggantikan pelakon wanita dan dia juga terpaksa mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan Janna.

Meskipun dianggap garang, Sheila tidak kisah dengan percakapan orang. Apa yang penting, adalah ilmu yang beliau curahkan kepada pelakon baharu sehingga ada antara mereka mampu memenangi anugerah. Buat Sheila, ia satu perkara yang agak membanggakan.

Seperti seorang guru, pendirian tegas dan garang Sheila Rusly adalah untuk melihat artis lain berjaya. Tidak dapat dinafikan, dengan cara ini ia mampu membuatkan artis itu lebih kuat untuk menghadapi dugaan lain yang lebih besar didalam industri hiburan.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...