Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sheila Rusly Dikecam Gara-Gara Jemput Izreen Azminda Dalam Rancangan Masakannya

Kemarahan netizen terhadap pelakon Izreen Azminda nampaknya masih belum reda, lebih-lebih lagi selepas Ude Wahid menceraikan Intan Liana baru-baru ini dengan talak satu.

Advertisement

Terbaru, penerbit Sheila Rusly turut menjadi mangsa kecaman dan tempat netizen meluahkan rasa amarah mereka kerana tidak berpuas hati apabila beliau menjemput Izreen sebagai salah seorang artis undangan dalam rancangan masakan popular Ketuk-Ketuk Ramadhan.

Buat netizen, Izreen tidak sepatutnya diundang dalam rancangan tersebut sehingga ada yang ingin memboikot untuk tidak menonton episod yang menampilkan pelakon wanita tersebut.

Izreen yang berkahwin secara rahsia dengan Ude pada Ogos 2017 dikecam teruk oleh netizen sehingga dilabel sebagai perampas dan bermacam lagi tuduhan lain. Malah, Izreen sudah menutup akaun Instagramnya kerana tidak tahan dengan kecaman yang diterima.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 Comments

  1. Anonymous

    March 27, 2018 at 1:56 pm

    biarlah dia.. da rezeki dia.. kita tak tahu apa sebenarnya terjadi.. saya pon pernah hampir jd mcm ex wife , tapi saya muhasabah diri balik, alhamdulillah baik2 je pastu. Kita bukan ditempat mereka. Tak baik judge org

    • Anonymous

      March 28, 2018 at 2:04 am

      kadang2 nitezen ni lebih dari Tuhan..semua mereka tahu sampai dalam hal rumah tangga orang..kita hanya membaca…menilai bila hati tengah membara..cubalah istiqamah..redha..jodoh..ajal maut semua ditangan Tuhan..siapa kita untuk menidakkan ia?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top