Kemarahan netizen terhadap pelakon Izreen Azminda nampaknya masih belum reda, lebih-lebih lagi selepas Ude Wahid menceraikan Intan Liana baru-baru ini dengan talak satu.
Terbaru, penerbit Sheila Rusly turut menjadi mangsa kecaman dan tempat netizen meluahkan rasa amarah mereka kerana tidak berpuas hati apabila beliau menjemput Izreen sebagai salah seorang artis undangan dalam rancangan masakan popular Ketuk-Ketuk Ramadhan.
Buat netizen, Izreen tidak sepatutnya diundang dalam rancangan tersebut sehingga ada yang ingin memboikot untuk tidak menonton episod yang menampilkan pelakon wanita tersebut.
Izreen yang berkahwin secara rahsia dengan Ude pada Ogos 2017 dikecam teruk oleh netizen sehingga dilabel sebagai perampas dan bermacam lagi tuduhan lain. Malah, Izreen sudah menutup akaun Instagramnya kerana tidak tahan dengan kecaman yang diterima.