July 27th, 2012

Dikejutkan dengan kenyataan Abby Abadi yang agak lantang mengenai sukarnya selebriti seperti dirinya yang telah berhijrah untuk mencari makan di dalam dunia hiburan Malaysia, Mstar Online telah mendapatkan pendapat daripada 3 selebriti wanita iaitu Sheila Rusly, Aida Khalida dan Wardina.

asb

Ketiga-tiga selebriti ini satu ketika dahulu tidak memakai tudung dan telah mengambil keputusan untuk berhijrah selepas mencipta nama di dalam dunia hiburan tanah air. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Sheila Rusly:-

Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah. Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita.

asb
Sementara itu Aida Khalida yang telah 5 tahun memakai tudung memberitahu yang rezekinya tidak pernah putus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah. Kata Aida:-

Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung. Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar.

asb
Wardina pula mengakui yang dia menerima impak negatif apabila mengambil keputusan untuk berhijrah 12 tahun dahulu. Namun perlahan-perlahan imejnya itu dapat diterima dan impak tersebut hanya bersifat sementara.

Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik.

Apa kata anda pula?

serunding

P.S: Dapatkan serunding daging/ayam untuk persediaan bulan Ramadhan ini. Boleh buat duit lebih sekiranya anda berminat untuk tolong Abang Nara menjualnya. Kepada mereka yang membeli lebih daripada 3kg, ada hadiah misteri akan diberikan. Jika berminat, email kepada [email protected] untuk tempahan dan soalan.


167 responses to “Sheila Rusly, Aida Khalida Dan Wardina Beri Pendapat Mengenai Kenyataan Abby Abadi”

  1. memey suhaiza says:

    lantak ko la abby oii… mcm2 ko nih … x pyh nk riak sgt la bila dah btudung…
    bru je pkaii.. tkut nnt HOT2 taik ayam jehhh…

  2. Anonymous says:

    Jgn campurkan agama dgn politik,,, x kemane2 laa abby oiii

  3. Anonymous says:

    kenapa ada segelintir artis wanita kat malaysia ni poyo sgt!..buat sesuatu kebaikan dengan publisiti murahan dan menunjuk2..

  4. timah lenggang says:

    mmg betul jgak kata-kata abby tu, bila btudung kalo blakon byk batasannya, tak semua watak kita boleh bawak, nanti kalo bawak watak yg tak sesuai dgn penampilan kita org akan kata kita menjatuhkan wanita btudung yang lain, so betul lah apa yg abby cakap tu, tambah lagi abby skrang ahli pas lagilah peluang dia terhad, semua tv kat msia pro kerajaan, so semua production house nak ambik abby pun fikir sejuta kali sb nanti tak fasal2 cite diorg tak bole kuar kat tv, rugi la produser mcm tu.. kak sheila rusly cakap mmgla senang, cube awak tu masuk pas, walau btudung mcm mana sekalipun awak ingat rtm nak bagi rcgan ketuk2 ramadan awak kuar kat tv1 tahun depan…

    • DARI SALAH SEORANG LELAKI YANG IKHLAS MELUAHKAN...... says:

      Betul ke apa yang dikata abby abady tu..???mak timah lenggang oii…. abby abadi dah jadi abby abasi..asyik2 drama ke telifelem takpun filem yang berepisot2 dia yang tak henti2 tu yang dah pun jadi basi…banyak kali..kalau siabby abasi tu dah mula bertudung…ah kan dia sendiri boleh buat pilihan untuk memilih watak yang sesuai dan sewaktu dengannya…kan penerbit2 dan pengarah2 sekarang dah terbuka boleh terima wanita yang bertudung litup ni semua…jangan buat andaian yang tak berasas… takkan tak perasan..atau buat2 tak tau ke apa tu..mak timah lenggang ooii..dan sekutu2 yang sependapat dengan abby abasi bersamaan dengan mak timah lenggang juga ya..kalau tak sesuai terima je watak2 yang sesuai tak pun sebagai pelakon pembantu ke atau pelakon emak2 yang bertudung tu ke..nenek2 pun boleh jugak..apa susah mekap je muka jadi tua..kalau dihari dia dah tua betul2 tu pulak lagi banyak pengarah dan penerbit nak ambil dia dengan watak2 yang dia dah buat penghijrahan nikan..apa nak pening2 dan mengelabah semacam orang dah hilang laki tu..memang dah hilang punkan..tulah pasal..pening semacam otak kepala tu..pelik betul gamaknyalah…rezeki pun tuhan tentukan juga…kalau betul dia dah berubah dengan pilihan bertudungnya tu takkan tak tau nak berdoa dari yang maha esa supaya rezeki dia dan anak2 dia tak putus2 sentiasa je ada…kan baik begitu..tuhan tak kejam..takkanlah tuhan nak sekat rezeki bagi orang2 yang dah berubah..lebih2 lagi wanita2 yang telah ditinggalkan suami dan wanita2 yang teranyianyakan…asalkan niat dihati tu ikhlas… insyallah..tuhan pasti membantu….yang peliknya tu kenapalah siabby abasi ni baru je nak berubah kearah kebaikan dah mula nak menyibuk2kan diri dalam berceramah tak tentu pasal bagai nak rak dibuatnya tu…kot ya pun dalamilah dulu agama islam sebaik mungkin..agaknya dia dah tak sabar2 nak masuk politik sangat lepas tu bolehlah berceramah sakan..melepaskan apa yang terbuku, terpendamm digelora hati yang berkeceramuk dan geramnya tu..yalah ada laki dah cabut lari….apa taknya sisuaminya dulu tu asyik2 kena dileteri dan dimaki tak henti2..dek kerana mulut abby abasi cakap memang tak henti2…tu yang norman cari bini baru yang muda-mudi lagi terkini..ah kan dah sah sinorman jadi suami si memey..tu yang makan hati boleh jadi mati sii..suami yang dikasihi dan dicintai selama ni dah bawak diri..meninggalkan si abby abasi ni sendiri..dengan anak2 yang masih kecil lagi..kesianlah juga pada anak2 yang tak tau apa2 dek kerana tak memahami situasi yang terjadi..ah ada pakw,pakwe pun dah tak tahan dengan gelagat siabby abbasi..hanya dia yang tau dan puncanya pun dari dia sendiri..kerana mulut dia jugalah tak tau dijaga dengan rapi…ah kan hati dah jadi sepi..tu yang bila terpaksa ubahkan diri..mulut pun makin menjadi2 dan berapi2…tu yang masuk pas sampai niat dihati pun dah terbabas2…cakap pun berani cakap lepas2..dek kerana suami dah kena kebas..ada pakwe pun dah melepas..tak huru-hara gelora dihati dibuatnya..menangis airmata darah pun tak guna buatnya..wallahualam….kalau mak timah lenggang nak tau jugak kenapa shiela rusli tak masuk pas walaupun dia dah bertudung..dah tentulah dia fikir pas tu suka sangat cakap terlampau lepas..cara islamik memang dah betul..tapi orang2 pas yang jadikan parti pas islam tu bagaikan tukul..cakap sindir2 tu macam nak memukul2..dosa2 dek kerana cakap lepas pu boleh jadi berbakul2..boleh buat sampai tak terpikul…ah fikir2kan dulu lain kali nak masuk parti mana mak timah lenggang oii..kan dah panjang lebar nak berikan keterangan..pada mak timah lenggang yang jalan melenggang2..ah pastikan jalan jangan terkangkang2..tak pasal2 masuk longkang..jangan marah ya…kalau tak nanti badan makin jadi macam beruang… kwang..kwang..kwang..salam ramadhan……sorry..and..peace….

  5. ju says:

    kita wajib menutup aurat dengan cara yang betul….masing-masing ada pendapat sendiri tapi sebelum kita membuat sebarang kenyataan kita hendaklah muhasabah diri kita. Saranan Abby untuk perempuan bertudung adalah tepat sekali tapi jangan hanya kita bertudung dalam masa yang singkat kita sudah membuat pelbagai kenyataan. rezeki kita ditentukan oleh Allah S.W.T. walaupun kita bertudung rezeki kita tetap ada….islam itu agama yang indah…

Loading...