July 27th, 2012

Dikejutkan dengan kenyataan Abby Abadi yang agak lantang mengenai sukarnya selebriti seperti dirinya yang telah berhijrah untuk mencari makan di dalam dunia hiburan Malaysia, Mstar Online telah mendapatkan pendapat daripada 3 selebriti wanita iaitu Sheila Rusly, Aida Khalida dan Wardina.

asb

Ketiga-tiga selebriti ini satu ketika dahulu tidak memakai tudung dan telah mengambil keputusan untuk berhijrah selepas mencipta nama di dalam dunia hiburan tanah air. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Sheila Rusly:-

Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah. Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita.

asb
Sementara itu Aida Khalida yang telah 5 tahun memakai tudung memberitahu yang rezekinya tidak pernah putus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah. Kata Aida:-

Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung. Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar.

asb
Wardina pula mengakui yang dia menerima impak negatif apabila mengambil keputusan untuk berhijrah 12 tahun dahulu. Namun perlahan-perlahan imejnya itu dapat diterima dan impak tersebut hanya bersifat sementara.

Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik.

Apa kata anda pula?

serunding

P.S: Dapatkan serunding daging/ayam untuk persediaan bulan Ramadhan ini. Boleh buat duit lebih sekiranya anda berminat untuk tolong Abang Nara menjualnya. Kepada mereka yang membeli lebih daripada 3kg, ada hadiah misteri akan diberikan. Jika berminat, email kepada [email protected] untuk tempahan dan soalan.


167 responses to “Sheila Rusly, Aida Khalida Dan Wardina Beri Pendapat Mengenai Kenyataan Abby Abadi”

  1. Adik Jibby says:

    Yg jd isu skrg adalah krn abby masuk pas.. Kalau dia masuk umno xdak pn org nk buat isu.. Ini sebab kalau artis masuk umno, contohnya barisan artis nasional tuh, artis tu duk macam tu jugak.. Tetap seksi n buat perkara munkar..mtp bila masuk parti islam, nampak totally berubah kearah positif..mBiasalah manusia yg busuk hati mana senang tgok org lain berubah..

  2. Anonymous says:

    Kelakar bila baca komen2 korang ni, tak matured la.. Hal dia nak berpolitik itu HAK PERIBADI dia, Malaysia negara DEMOKRASI, ada jaminan hak bersuara, hal dia nak komen pasal industri seni Malaysia ni itu dari PANDANGAN dia, artis2 lain pun byk jugak yg buat kritikan terbuka, apa masalahnya? Heran org Malaysia ni, sampai pandangan PERIBADI pun dah tak boleh nak keluarkan.. Elok la jadik negara kuku besi je.. Diam tak payah ckp apa2…. Buat je macam Sudan, Somalia, sekat semua akses media, tak boleh cakap, tak boleh komen, tak boleh kritik… 3rd class mentality la!

  3. p0sitiv thinkg says:

    Xramai yg brani bdakwah,lntng menegur sesame insan.. tp rmaiii yg mlenting bl d tgur insan yg laen..bahkan bwt personal attck, bukn nye personal improvmnt… dh jd budaya,xleh d tgur..nk d lyn jer.. # pringtn utk aku dan yg mbca ni :-)

Loading...