Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Pakai Buang Untuk Dipakai Semula

Hiburan

Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Pakai Buang Untuk Dipakai Semula

Bertindak mendedahkan dirinya mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai semula, pelakon Sheila Mambo raih perhatian netizen di laman Instagram.

Advertisement

Menurut Sheila, perkara tersebut terpaksa dilakukan susulan harga pelitup muka dikatakan bukanlah murah, malah perlu memakainya setiap hari seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai. Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru. Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai,”

Tidak ketinggalan, beliau juga tanpil berkongsi sepotong video mempamerkan langkah serta cara bagaimana beliau membasuh pelitup muka pakai buang tersebut.

Meskipun akui ia adalah bertentangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib, namun Sheila mendedahkan beliau hanya menggunakan pelitup muka itu dalam tempoh yang sekejap sahaja.

“Ada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi. Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai.

Rentetan itu, Sheila khabarnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Hal ini demikian kerana, wujud segelintir pihak yang menegur tindakannya kerana perkara tersebut dikatakan mampu menjejaskan keselamatan kesihatan diri.

Namun, ada juga yang tampil mengaku mereka juga tidak terlepas berbuat demikian kerana berdepan kekangan wang ringgit untuk membeli pelitup muka tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...