April 5th, 2012

Bukan senang untuk mendapat pengiktirafan daripada seorang insan yang bernama Sheila Majid. Pasti Yuna dan Najwa Mahiaddin bangga apabila ratu jazz Malaysia ini mengakui bakat mencipta lagu kedua-dua penyanyi muda ini sangat hebat. Sheila Majid sendiri pernah meminta mereka berdua mencipta lagu untuknya.

sheila majid

Kata Sheila Majid:-

Yuna dan Najwa terkejut apabila saya minta mereka buat lagu untuk saya. Mereka ingat saya bergurau. Tetapi hakikatnya mereka benar-benar berbakat dan sebab itulah saya ingin bekerjasama dengan mereka.

Walaupun mengakui bakat milik Yuna dan Najwa Mahiaddin, Sheila Majid mengakui yang kebanyakan lagu sekarang tiada jiwa. Ini kerana melodinya kedengaran serupa dengan lagu-lagu yang lain. Disebabkan itu, Sheila Majid agak cerewet untuk merakamkan lagu baru. Kata Sheila:-

Saya boleh memilih untuk merakamkan apa juga lagu yang diberikan kepada saya tanpa banyak berfikir tetapi saya sedar ia tidak akan bertahan lama dan saya tidak mahu itu berlaku.

Apa pun Abang Nara rasa teruja juga untuk melihat Yuna dan Sheila Majid bergabung untuk buat satu konsert. Fuh ~~ Mesti gempak gila. Pasti memukau sekiranya dua nama besar semasa era masing-masing ini dengan genre lagu yang berbeza. Tak gitu? Kredit berita Mstar.


63 responses to “Sheila Majid Akui Bakat Yuna Dan Najwa Mahiaddin”

  1. madu lebah says:

    bagus ke sheila majid nie…

  2. puteri says:

    biasalah sheila ni nak anak org kelas aje…maklumlah dia ni suka dengan golongan elit saje…setakat suara yuna tu,as flat as selipar jepun,from my point of view taka da keistimewaannya…najwa mahiaddin is amazing,suara dia lain dari yg lain…kalau keluar tv kat us bukan yuna yg dulu,zee avi yg dulu,2 tahun lepas,tapi org msia tak kecoh pun sebab dia tak gila glamer..yuna ni pegi ikea pun dia tweet..apa lagi keluar tv us!!!kunnumz pun sibuk promosi…paling meluat bf dia tu si qiqu tu!

  3. missIDA says:

    sudah2 lah kumpul dosa…umur bkn makin muda…makin tua…duk umah jelah masak untuk suami…

  4. droid_6464 says:

    kelako bell

Loading...