“She Is Back..”- Lama Menyepi, Nasha Aziz Kini Jadi Model Kempen Aidilfitri Rizman Ruzaini 2021

Hiburan

“She Is Back..”- Lama Menyepi, Nasha Aziz Kini Jadi Model Kempen Aidilfitri Rizman Ruzaini 2021

Setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan tanah air, nampaknya kelibat Nasha Aziz telah menjadi buah mulut netizen apabila wajahnya kembali menghiasi dunia peragaan tempatan.

Masih cantik dan awet muda, Nasha Aziz yang bakal melangkah ke angka 49 tahun pada Mei ini masih lagi mencuri perhatian apabila dia telah dipilih menjadi model untuk kempen Aidilfitri 2021 oleh pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini.

Dia yang dulunya memang model dan juga pelakon telah diangkat sebagai ‘muse’ tampil segar apabila wajahnya ditata rias oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.

View this post on Instagram

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid)

Advertisement

Khir yang turut berkongsi foto terbaru Nasha berkata personaliti terkenal itu seumpama bintang yang sentiasa bersinar sepanjang zaman.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat nampaknya memang menantikan kemunculan Nasha dalam industri seni tidak kiralah dari segi lakonan mahupun permodelan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...