Penyanyi dan penulis lirik dari Kanada, Shawn Mendes menjadi bualan orang ramai apabila dilihat menunaikan solat Jumaat di Universiti New York (NYU).
Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, difahamkan penyanyi itu hadir bersama rakannya yang merupakan penyanyi dan penyair terkenal iaitu Mustafa The Poet yang dikatakan turut mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat.
no but shawn really at jummah and listened the full khutbah like he really did the friday prayers yall don’t know how much it means to me 😭🫶🏻 mashaAllah, Allahumma baarik pic.twitter.com/oAfrA5t9ZM
— shawn mendes defender (@perfectlytried) January 18, 2025
Memetik laporan Harian Metro, menurut jemaah yang menunaikan solat di sana, penyanyi itu dan rakannya sangat menyenangkan, meluangkan masa menyapa orang ramai, bersembang dengan pelajar dan sempat berswafoto selepas habis sembahyang.
Ada juga saksi mengatakan penyanyi itu turut serta berdiri dalam barisan dan bersembahyang bersama yang lain menunjukkan hormatnya.
Rata-rata netizen teruja dan ada juga yang keliru. Walau bagaimanapun, kehadiran penyanyi itu ke pusat ibadat itu masih menjadi tanda tanya sama ada atas dasar persahabatan saja atau niat mendalami Islam.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.