Komposer terkenal, Sharon Paul mendedahkan dia dan pelakon Rusdi Ramli memilih haluan masing-masing dan sudah bercerai talak satu pada Januari tahun lalu.
Kata komposer berusia 48 tahun itu, dia memfailkan permohonan cerai terhadap Rusdi selepas tiada jalan penyelesaian kedua-dua pihak.
Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa.
Sharon menyifatkan tahun 2024 adalah tempoh yang cukup mencabar buatnya namun bersyukur kerana berjaya mengharungi satu persatu dugaan tersebut.
Tahun lepas memang sangat mencabar. Saya terpaksa uruskan pinjaman hartanah yang bukan atas nama saya, bayar bil, tanggung dua anak dan pada masa sama jalankan perniagaan sendri.
Anak anak pilih tinggal bersama Sharon
Tambah Sharon, dia menganggap 2025 sebagai tahun pemulihan buatnya dan bangkit semula daripada episod duka dilaluinya.
Dalam pada itu, Sharon juga berkata kedua-dua anak memilih untuk tinggal bersamanya kerana berasa lebih selesa berbanding tinggal bersama bapa mereka.
Saya gembira dan rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu ‘cold violence’.
Sharon juga akui bertahan dalam perkahwinan dengan Rusdi selama ini hanya kerana anak-anak mereka, Reo Ridza, 16, dan juga Ryan Ridza, 13.
Sharon dan Rusdi mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Aktor tersebut sebelum itu pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Efiezal Ridza yang kini berusia 34 tahun.