Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Tidak Jangka Berpisah? Cerai Keputusan Bersama – Noor Nabila

sharnaaz ahmad redha bercerai

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada mengeluarkan kenyataan dia tidak dapat melakukan apa-apa lagi selepas isterinya, Noor Nabila membuat keputusan untuk berpisah. Redha sekiranya ditakdirkan bercerai adalah jalan terbaik buat mereka.

sharnaaz ahmad noor nabila

Advertisement

Bagaimanapun, Nabila agak terkejut dengan kenyataan Sharnaaz. Wanita itu menegaskan, keputusan berpisah adalah atas persetujuan bersama selepas segala usaha mereka untuk memperbaiki hubungan da menyelesaikan masalah rumah tangga gagal.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

sharnaaz ahmad bercerai

Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden. Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Menurut Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pada masa sama, peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel. Difahamkan, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.

Advertisement

sharnaaz ahmad noor nabila bercerai

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 Comments

  1. Ros

    September 4, 2019 at 11:24 am

    Benda yang single paling suka baca ialah kes penceraian. Makes us feel good. Thanks people.

  2. Aryana yg propa

    September 4, 2019 at 10:06 am

    Kepada bakal pengantin..seharusnya fikir masak2 sebelum kawen…kita kawen nak bahagia… bkn nak sengsara… aku tgk kawan2 aku yg da kawen..dulu berseri2 sekarang x…aku pun konpius…pastu hutang makin berlambak…then guna ayat stigma ” org yg da kawen murah rezekinya” alahai… kalo nak ckp pun pikirlah logiknya….kita jgn cmpur bab agama dulu dlm hal ini.. penegasan aku adalah dr org tu sendiri..individu tu sendiri… kebanyakan lelaki yg da berkawen…maskulinnya takda. then byk pasangan yg before and after tak sama…. berlakon jer..tak taulah apa motif berkahwin klo sesama pun tak ikhlas. sekian luahan aku…terima kasih

    • makcikkelipkelip

      September 4, 2019 at 11:08 am

      akak setuju.. lepas kahwin mmg byk pakai duit & kadangkala jd punca pergaduhan. akak dah alami, tapi Alhamdulillah masih bersama.. byk pengorbanan, bukan nak seronok2 duduk serumah, hias2 rumah mcm main masak2. belum masuk bab nak hadap ipar duai. Kalau dpt yg ok, bagus la. kalau dpt yg tak ok, kena terima juga lah. ipar duai akak semua ok, mak mertua pun baik sgt, tp masih tak terlepas drp bergaduh sekali sekala especially pasal kewangan. tapi kadang2 kena sedar jugak kebaikan pasangan, jgn fokus keburukan sahaja.

    • Anonymous

      September 4, 2019 at 1:23 pm

      itu la kesilapan ramai orang sekarang ni.. jangan berangan nk kahwin sebab nak bahagia sgt laa.. sudah tentunya perkahwinan mana2 pun akan datang ujian, semua pasangan tak akan terlepas, cuma bagaimana kita bersabar dan kebijaksanaan kita dan pasangan handle ujian itu la yang menentukan perkahwinan tu boleh survive atau tidak.. kalau nak cerita pasal buruk pasangan, mmg banyak kan, rasa mcam benci pun ada kenapa kita kahwin dgn orang mcm ni.. tapi kita mesti tak nampak buruk kita.. apa pun kena letak agama dalam rumah tangga juga sebab agama tu la yang membataskan dan menghalang kita dari buat benda yang tak sepatutnya dan ajar kita untuk bersabar dan redha.. kalau kita tak sabar dah tentu bercerai berai.. kesilapan byk dari diri sendiri

  3. Mek Ti

    September 4, 2019 at 9:39 am

    aku perati je si nabila ni. dia post quote itu ini ahh aku dah agak mesti something wrong dgn rmh tgga dia. tak boleh ke senyap jer kalau ada masalah? nak kata muda lagi tak jugak. dah ada akal blh fikir. suka eh canang satu Malaysia? netizen kecam sentap pulak.

  4. wakaka

    September 4, 2019 at 8:09 am

    dulu masa bercinta gedik gila nabila ni..

  5. Suka

    September 4, 2019 at 5:38 am

    Kembali menjanda semula..ini merupakan perceraian nabila Kali ke 2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top