January 18th, 2013

Agak panjang juga tajuk entri kali ini. Terasa macam karangan pulak. Hasrat murni Sharnaaz Ahmad ingin masuk merisik Shila Amzah bulan Mac ini nampaknya terhalang apabila ND Lala mahu anaknya memberi fokus pada karier terlebih dahulu.

shila amzah

Sebelum ini, ND Lala pernah mengeluarkan kenyataan media menyatakan mahu anaknya menumpukan perhatian pada karier sebelum mendirikan rumahtangga. Itulah yang membingungkan Sharnaaz kerana kata sepakat telah pun dicapai oleh kedua-dua belah keluarga untuk membincangkan hala tuju hubungan mereka pada bulan Mac ini. Kata Sharnaaz:-

Persetujuan dicapai antara Shila dan bapanya baru-baru ini, menyaksikan Mac 2013 adalah waktu sesuai untuk kedua-dua pihak menentukan arah tuju hubungan ini. Namun, saya tidak menduga akan keputusan yang dibuat bapanya. Saya menyerahkan segala-galanya kepada takdir, tambahan pula niat ini ikhlas mendirikan rumahtangga. Diharapkan pertemuan pada Macc ini adalah detik manis buat keluarga saya dan Shila untuk mengenali, seterusnya menetapkan tarikh pernikahan.

shila amzah
Abang Nara faham kenapa Sharnaaz bingung memikirkan hal ini. Iyerlah, umur Sharnaaz pun dah 28 tahun. Memang sedap sangat la untuk berumahtangga. Awek pun dah ada, janji pun dah dibuat, tup-tup si ayah pulak tukar fikiran.
Terasa macam cinta terhalang oleh orang tua la pulak kan? Confirm sedih hati Sharnaaz dibuatnya.
shila amzah
Buat Sharnaaz, bersabarlah atas dugaan ini. Mungkin dapat berbincang elok-elok antara kedua-dua belah keluarga ketika berjumpa bulan Mac nanti. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari dan kebahagiaan dapat dikecapi oleh pasangan ini. Sama-sama kita doakan.


Comments are closed.

Loading...