March 14th, 2016

Sudah mencecah usia 30 tahun, aktor Sharnaaz Ahmad memberitahu beliau sudah sedia untuk bergelar suami dan menyimpan harapan agar hubungan beliau bersama kekasih hati dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Meskipun pernah bergaduh besar sehingga memadam semua foto mereka bersama di Instagram masing-masing, Sharnaaz bagaimanapun mengakui  ia adalah asam garam dalam perhubungan.

Biasalah, waktu itu kami sedang ‘bergaduh manja’ sampai merajuk dan sentap. Maka keluarlah segala emosi ala muzik ‘heavy metal’. Biasalah juga kalau bergaduh macam itu, sampai ‘unfollow’ laman sosial masing-masing.

Bagaimanapun sejujurnya saya seronok di sisinya. Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Ia memang kedengaran agak klise. Cuma, dalam soal ke arah itu (perkahwinan), biarlah ia terjadi tanpa tekanan sesiapa.

Noor Nabila antara insan yang sering menyokong Sharnaaz daripada belakang dan mereka juga mempunyai pemikiran yang sama dalam semua perkara.

Dia memang banyak menyokong saya daripada aspek mental. Saya ini lelaki, kalau tiada perempuan yang memberikan semangat, terasa macam tidak lengkap. Dia pun jenis yang ‘sempoi’ dan bukan wanita yang membuatkan kepala saya berserabut. Kami juga sebaya. Malah, tahap pemikiran juga hampir sama selain masing-masing berzodiak Virgo.

Kalau dah sesuai tunggu apa lagi abang Jebat? Hehehe, masuklah meminang dan selepas berkahwin boleh lah bercinta dengan lebih lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...