Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju Bawa BTS Ke Malaysia

Baru-baru ini, peminat K-Pop khususnya ARMY BTS teruja dan sangat gembira sekali apabila impian mereka untuk melihat kumpulan ikonik itu menggegarkan pentas Malaysia bakal terlaksana. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  berkata, pihak mereka akan membawa BTS ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Advertisement

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak gembira dengan berita tersebut. Menerusi akaun Instagram, aktor Sharnaaz Ahmad seakan tidak bersetuju dengan hasrat Syed Saddiq. Bukankah lebih baik untuk membawa kumpulan rock legenda terkenal seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold dan Disturbed.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang yang tidak memahami jiwa anak muda sekarang dan tidak mengetahui betapa ramainya peminat BTS.

Fuh! Bab K-Pop terutama sekali kalau melibatkan kumpulan BTS jangan berani hendak memberikan sebarang komen. Nanti kena ‘serang’ dengan peminat. Apa-apa pun, wajar sebenarnya untuk bawa BTS ke Malaysia selepas beberapa tahun peminat mereka menantikan kehadiran artis pujaan mereka itu. Kita juga tidak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka kan? Zaman dah berubah. Apa pula komen anda?

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. ryu

    April 26, 2019 at 3:21 pm

    aku lebih triggered tgk dia panggil avenged sevenfold as avenged sf instead of a7x. ko baru google nama metal band famous tahun 2010 ke bawah ke bang?

  2. Anonymous

    April 26, 2019 at 10:58 am

    Apa bangang nye sharnaaz ni? Umur belia antara 15-30 tahun. Belia2 umur 15-19 tahun lahir dlm tahun 2000an. Kau ingat semua kalangan belia tu dengar lagu metallica, blink182 semua? Aku tak minat bts jugak in fact aku tak paham kenapa nak hypekan bts dtg malaysia 2020 but yeahhhh sharnaaz kita kena paham, demand and trend sekarang macam mana. Nak menyalak kena ada ilmu or at least some facts. Jangan boh jeee. Menyalaklah guna otak kau, jangan guna mulut je bang oi.

  3. Anonymous

    April 26, 2019 at 9:08 am

    sharnaz diamm shhh…shhh bile ko ckp lagi nmpk sengalnye..

  4. Anonymous

    April 26, 2019 at 8:15 am

    bang sorry saya suka kalau nak bawak avenged, blink 182, mcr dan lain lain tapi abang kena ingat kita belia yang lagi 3-4 tahun dah bukan belia bang. dia target umur belia muda, senang kata remaja.

    remaja sekarang tak ramai yang layan avenged blink 182 dll tu bang depa layan kpop.

  5. retissss senduuuu

    April 26, 2019 at 6:43 am

    tak payah menyibuk la…hal rumahtangga pun kecoh ada hati sibuk pasal hal negara

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top