Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju Bawa BTS Ke Malaysia

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju Bawa BTS Ke Malaysia

Baru-baru ini, peminat K-Pop khususnya ARMY BTS teruja dan sangat gembira sekali apabila impian mereka untuk melihat kumpulan ikonik itu menggegarkan pentas Malaysia bakal terlaksana. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  berkata, pihak mereka akan membawa BTS ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Advertisement

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak gembira dengan berita tersebut. Menerusi akaun Instagram, aktor Sharnaaz Ahmad seakan tidak bersetuju dengan hasrat Syed Saddiq. Bukankah lebih baik untuk membawa kumpulan rock legenda terkenal seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold dan Disturbed.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang yang tidak memahami jiwa anak muda sekarang dan tidak mengetahui betapa ramainya peminat BTS.

Fuh! Bab K-Pop terutama sekali kalau melibatkan kumpulan BTS jangan berani hendak memberikan sebarang komen. Nanti kena ‘serang’ dengan peminat. Apa-apa pun, wajar sebenarnya untuk bawa BTS ke Malaysia selepas beberapa tahun peminat mereka menantikan kehadiran artis pujaan mereka itu. Kita juga tidak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka kan? Zaman dah berubah. Apa pula komen anda?

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...