Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tidak Mahu Komen Status Percintaan Bersama Anis Al Idrus

Baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus sudah putus cinta apabila aktor kelahiran Pulau Pinang itu memuat naik sebuah foto  burung terbang dengan kapsyen seakan-akan membebaskan ia pergi.

Menguatkan lagi gosip tersebut, Anis Al Idrus telah memadam semua gambar mereka berdua dari akaun Instagram miliknya yang berpunca daripada Sharnaaz Ahmad memuji persembahan Shila Amzah di AJL 29 menerusi Twitter.

Advertisement

Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka kini tinggal sejarah. Namun, Sharnaaz Ahmad nampaknya belum bersedia untuk memberi sebarang komen berhubung hubungan cinta beliau yang sudah putus.

Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini.

Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya akan menjelaskan perkara tersebut.

Baru-baru ini juga, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik foto beliau bersama seorang kanak-kanak lelaki dengan kapsyen bebaur sedang dilanda musibah.

Adik, awak datang masa abang dilanda musibah, tapi awak bagi abang sedar yang hidup kita mungkin susah tapi kita ada istimewa masing-masing.

Advertisement

Contoh kelebihan yang awak ada awak bagi sekeliling rasa bertuah bila ada disekeliling awak. Adik Hizri bagi saya senyuman yang dah lama lupa macam mana senyuman jujur dan ikhlas.

Buat masa ini, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anis Al Idrus berhubung perkara tersebut. Kata orang bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Kalau sudah tiada lagi jalan untuk berbaik, lepaskan ia pergi.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top