May 30th, 2015

Tidak malu untuk menyuarakan sesuatu yang salah dan mempunyai karakter yang agak garang, aktor Sharnaaz Ahmad sering dipandang oleh ramai sebagai seorang yang panas baran. Walaubagaimanapun Sharnaaz dalam satu kenyataan berkata beliau tidak kisah jika dilabelkan sebegitu kerana tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Bagi saya, kalau orang hendak melabel saya sebagaia seorang yang panas baran pun, saya terima. Yang penting, saya tidak mengganggu hidup orang lain. Zaman sekarang adalah zaman lembut. Kenapa zaman lembut? Kerana kebanyakan mereka yang berani mengata ini, hanya berani di laman soial dan bukan secara berhadapan.

Sharnaaz menyifatkan mereka yang suka menghentam orang lain daripada belakang tanpa bertemu empat mata adalah seorang yang agak pengecut.

Saya tidak menggelarkan mereka sebagai keyboard warrior kerana kalau warrior atau pahlawan, definisinya adalah seorang yang berani untuk berjuang. Jadi, mereka yang suka bercakap di belakang ini, saya anggap ‘sampah’.

Betul kata Sharnaaz itu, sememangnya mereka yang suka memberi komen negatif dan menghakimi perbuatan seseorang itu tanpa usul periksa tidak layak untuk digelar keyboard warrior.  Senang sungguh mereka mencai kesalah seseorang itu.


Comments are closed.

Loading...