January 16th, 2020

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Sebelum ini, aktor itu memberitahu dia tidak mahu menceraikan isterinya kerana mahu cuba menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.

sharnaaz ahmad

Bagaimanapun, sehingga hari ini Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Ibarat digantung tidak bertali, Nabila mengakui dia sudah tawar hati.

Selama setahun prosiding perceraian ini berlangsung, saya tak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan kami.  Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

noor nabila tawar hati

Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing. Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya.

Pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kesal apabila perkara ini dipanjangkan, sepatutnya proses perceraian mereka boleh selesai dengan cepat.

sharnaaz ahmad cerai

Apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes). Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro


6 responses to “Sharnaaz Ahmad Tiada Usaha Berdamai, Noor Nabila Sudah Tawar Hati”

  1. anti mek klate says:

    kecoh la mek klate ni. dah jd janda sebelum ni, nak jadi lg?
    lofa ko xyah kacau hidup kakak kau.
    bukan lubang kau yg sharnaz guna.

  2. Anonymous says:

    Amiin kn ” kakak” smoga Allah p jgkn jodoh mereka..pg2 jumaat ni kta doakn. Sian jebat..

  3. nabila Dua kali Janda says:

    perempuan jenis mcm ni, ko sedia kan rumah harga 1m mcm rumah lofa tu, driver sorg, maid dua org beli kan 5 biji designer bag baru la dia nak berdamai, setakat susah2 xde maid xde driver, ddk condo biasa sharnaaz, bkn luxury xde makna la dia nk stay, dlu dorg laki bini ddk rumah lofa mmg grand la, skrg nk berbaik pun sharnaaz xdpt la nk tumpang rumah lofa dah, nk sedia kan rumah complete siap maid driver kereta mewah, mmg xla, sharnaaz pun baru je jual superbike dia, klau si sharnaaz kawen org biasa dgn CLa merz sharnaaz n condo biasa canaz tu klau kawen dgb org biasa tu dh besar rahmat tp kawen dgn sek kito mmg tak laaaa, x sekufu

  4. coobink says:

    Nak selamatkan rumahtangga kene dua2 belah pihak beri kejasama.. Bukan belah husband shj.. Kene turunkan ego kak nab oi.. Semua org tau kak nab anak org kaya..managing director company..tp dlm rumah tangga, syurga isteri dibwh tapak kaki suami..

  5. Kakak says:

    Smg Allah panjangkan jodoh sharnaaz dan nabila..sweet sgt suami isteri ni..

Loading...