Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tiada Usaha Berdamai, Noor Nabila Sudah Tawar Hati

noor nabila tawar hati

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Sebelum ini, aktor itu memberitahu dia tidak mahu menceraikan isterinya kerana mahu cuba menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Bagaimanapun, sehingga hari ini Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Ibarat digantung tidak bertali, Nabila mengakui dia sudah tawar hati.

Selama setahun prosiding perceraian ini berlangsung, saya tak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan kami.  Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

noor nabila tawar hati

Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing. Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya.

Pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kesal apabila perkara ini dipanjangkan, sepatutnya proses perceraian mereka boleh selesai dengan cepat.

sharnaaz ahmad cerai

Apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes). Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Advertisement

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    January 17, 2020 at 12:36 pm

    hahaha, komen pun semua mcm dok serumah je ngan dorang. ke dok sebilik? lantak la kalau dia dh taknak laki dia, lantak la dia nk jadi janda untuk kali ke lima pn. bukan korang yang hadap laki dia pun. life dia. biarkan dia. adoila… netizen netizan… ahli neraka je semua ni. hr ni tak yah sembahyang tau. pahala dok bg kat dia free free… Muahahahaha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top