Kami rasa umum mengetahui kes dimana seorang peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang tidak tahu maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ). Video tersebut menjadi viral di media sosial dan ramai mengkritik beliau mempunyai wajah yang cantik tetapi sayang tidak mempunyai pengetahuan am yang luas.
Perkara itu bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi artis yang lantang bersuara. Salah seorang daripadanya ialah Sharnaaz Ahmad yang seakan menempelak Mawar.
Apa yang kau orang cuba lahirkan di dalam industri? Jangan salah faham. Tapi ini agak sedih kalau bawa masuk ke dalam industri. Muka cantik tetapi pendidikan ‘out’. Belajar dulu adik, baru fikir kemasyhuran.
 Komen Sharnaaz Ahmad itu ada betulnya. Mungkin pihak juri harus memilih calon bukan hanya kerana rupa sahaja. Walaubagaimanapun ada juga finalis Dewi Remaja sebelum ini yang bijak orangnya seperti Rita Rudaini dan tidak lupa Neelofa yang kini sudah berjaya baik dari segi hiburan dan bisnes masing-masing. Apa pun, kalau ingin masuk apa-apa pertandingan, persiapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan dan bukannya bergantung kepada kecantikan semata-mata. Barulah ada pakej yang lengkap. Tak gitu?