Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al-Idrus?

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al-Idrus?

Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad mengakui bergaduh dengan Anis Al-Idrus berikutan ucapan tahniah yang disampaikan kepada bekas teman wanitanya, Shila Amzah, melalui satu tweet.


 photo sharnazsaman.jpg

Tweet tersebut telah dipadamkan oleh Sharnaaz atas nasihat pengurusnya dan kerana Sharnaaz tidak mahu memanjangkan cerita. Sharnaaz memberitahu dia telah meminta maaf berhubung tweet itu dari kekasihnya, dan sangka kami kisah itu berakhir begitu saja.

Advertisement


 photo Untitled_5.png

Semalam, Sharnaaz telah memuat naik satu gambar burung terbang dengan kapsyen yang menimbulkan persoalan. Ia seolah memberi bayangan Sharnaaz telah melepaskan seseorang yang rapat dengannya dan mendoakan yang terbaik untuk individu itu. Ramai berspekulasi yang Sharnaaz sudah putus cinta dengan Anis memandangkan Anis telah memadam semua gambar pelakon Suamiku Encik Sotong itu dari akaun Instagramnya berikutan peristiwa tweet tahniah kepada Shila Amzah tersebut.


 photo sharnaz.png
Ramai pengikut Sharnaaz memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu di Instagram. Jika benar spekulasi yang bertebaran maka takziah diucapkan. Pastinya ramai yang kecewa kerana Sharnaaz dan Anis dilihat sebagai pasangan yang sweet dan sepadan. Serahkan saja selebihnya kepada takdir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...