Sharnaaz Ahmad Pilih Nama Jebat Jayden Ahmad

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Pilih Nama Jebat Jayden Ahmad

Jebat Jayden Ahmad. Cantik sungguh nama anak sulung Sharnaaz Ahmad dan Nabila ini. Gabungan nama klasik dan moden ini memang sangat-sangat sesuai. Pengumuman pemilihan nama ini dilakukan pada hari ke 7 bersesuaian dengan amalan sunnah Islam dan telah disebarkan menerusi Instagram. Tahniah sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Untuk makluman, Sharnaaz sebelum ini pernah membawa watak bernama ‘Jebat’ di dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Sharnaaz dan Nabila juga telah membuka akaun Instagram untuk anak mereka di @jebatjayden. Setakat hari ini, jumlah pengikut telah pun mencecah angka 43 ribu. Fuh!!!

sharnaaz ahmad

Semoga Jebat Jayden akan membesar menjadi seorang anak yang soleh serta berwibawa seperti ayah dan ibunya. Tahniah sekali lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.