January 5th, 2016

Hubungan mesra antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sememangnya diketahui ramai. Mereka berdua memang begitu sweet di laman sosial. Saling balas membalas ayat-ayat cinta diselangi dengan kata ganti diri seperti ‘sayang’, ‘my love’ dan yang sama waktu dengannya. Namun semalam, ada desas-desus bertiup kencang yang hubungan mereka sudah pun berkecai.

noor nabila

Desas-desus ini bermula apabila secara tiba-tiba Sharnaaz Ahmad memuatnaik satu gambar (telah dibuang) dengan caption “pergi jahanamlah”. Fuh. Memang garang bunyinya kan? Susulan itu, gambar-gambar masing-masing telah membuang gambar mereka berdua di laman sosial masing-masing. Hmm. Selalu kalau buang gambar nie memang maksudnya dah clash. Apa yang terjadi ini?

sharnaaz

Kalau benar cinta tidak kesampaian, sedih juga Abang Nara mengenangkan nasib Sharnaaz Ahmad ini. Asyik gagal dalam percintaan je. Tak apalah. Satu hari nanti pasti akan ketemu jua si dia yang mampu membuatkan hati anda terpikat buat selamanya. Apa apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak terbabit. Sumber Forum Cari.


Comments are closed.

Loading...