July 22nd, 2020

Mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan kakak kepada pengacara, Neelofa iaitu Noor Nabila secara hakam pada 9 Julai lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad akui tidak berdendam malah mereka sepakat memilih untuk mengikut haluan masing-masing dengan cara baik.

sharnaaz ahmad bercerai

Menurut Sharnaaz, beliau merasakan mungkin dirinya bukan suami yang terbaik dan bagus untuk Nabila namun mendedahkan dirinya akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anaknya iaitu Jebat Jayden.

“Kami pun dah bermaafan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Saya tidak berdendam, sama juga di pihak Nabila. Ini semua ketentuan Allah, tidak ada yang kahwin nak berpisah.”

Ujar Sharnaaz, keutamaannya kini hanya diberikan sepenuhnya buat Jebat sahaja, malah tidak menolak untuk membesarkan anaknya itu bersama bekas isteri.

View this post on Instagram

Jebat is no 1.. yg terbaik datangnya dari Allah, yg haram jadahnya dari sy sendiri guys, semoga kita semua bahagia dunia akhirat. From now on call me MAMU DADU 🤣

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu untuk membesarkan dan memberi yang terbaik pada Jebat. Saya takkan pernah bagi Jebat rasa kehilangan bapa.”

Kata Sharnaaz, meskipun sibuk atau sakit beliau akan tetap bertemu dengan Jebat di rumah Nabila.

sharnaaz ahmad bercerai

“Yang penting takda gaduh. Alhamdulillah saya dapat perlepasan daripada Nabila untuk berjumpa dengan Jebat bila-bila masa sahaja. Insya-Allah saya akan ada untuk Jebat sampai hujung nyawa,” katanya lagi.”

Ditanya soal pengganti, Sharnaaz menyatakan dirinya tidak memikirkan lagi buat masa sekarang. Malah menegaskan hidupnya sudah cukup sempurna dengan wujudnya anak di sisi.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun bulan Ogos ini.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...