September 17th, 2020

Alhamdulillah. Gembira hati kami mendengar berita baik ini. Mana tidaknnya, selepas penceraian antara Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila, memang banyak konflik yang tercetus sehingga menyebabkan mereka berdua terpaksa membawa perkara tersebut ke mahkamah. Hari ini, kemelut antara kedua-dua pasangan ini untuk hak penjagaaan anak (hadanah), nafkah anak dan juga wang edah telah berjaya diselesaikan secara baik. Macam inilah yang kita mahu. Gaduh lama-lama pun buat apa kan? Masing-masing pernah tidur sebantal. Siap ada anak lagi hasil perkongsian hidup. Tak gitu?

Terdapat tiga tuntutan yang telah ditandangani oleh Sharnaaz dan Nabila sebagai tanda persetujuan iaitu Sharnaaz bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan, Sharrnaz memberi nafkah anak sebanyak RM1,200 sebulan dan hak penjagaan anak turut diberikan kepada Nabila termasuk memberi kebenaran kepada Sharnaaz berjumpa anak mereka serta tuntutan nusyuz dibatalkan. Selain itu, Nabila juga bersetuju mengetepikan tuntutan mutaah kecuali sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail yang dipindah milik kepadanya.

Kata Noor Nabila:-

Saya lega apabila proses perceraian dan hak penjagaan anak sudah selesai. Jadi, tidak perlu saya datang ke mahkamah lagi. Sebab perkara seperti ini mengambil tenaga kita dan memberi kesan kepada emosi. Jujurnya, saya terganggu, setiap kali hendak datang sini, saya berat hati. Insya-Allah, hari ini adalah kali terakhir saya datang ke sini. Alhamdulillah, semua sudah diselesaikan dengan baik. Saya dan Sharnaaz akan terus berbaik untuk anak kami

Sharnaaz juga ternyata gembira kerana mereka berdua dapat bersepakat menyelesaikan masalah ini sekaligus memberikan tumpuan 100% kepada anak mereka, Jebat:-

Keutamaan kami sekarang adalah Jebat. Walaupun kami tidak boleh meneruskan hubungan sebagai suami-isteri, tapi kami masih berkawan.Dahulu pun kami asalnya berkawan. Saya hendak terus berkawan dengan dia. Kalau gaduh pun tidak guna kerana yang mendapat kerugian adalah Jebat

Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila telah bercerai pada 9 Julai lalu selepas melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia dua tahun. Apa pun mari kita doakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini. Semoga Jebat membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya.


One response to “Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Akhirnya Berjaya Selesaikan Kemelut Penceraian Mereka”

  1. Syazni Rahim says:

    Alhamdulillah, berbaik itu lebih baik :)

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...