Sharnaaz Ahmad Kongkong Kerana Shila Amzah Bakal Isteri

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Kongkong Kerana Shila Amzah Bakal Isteri

Melalui pemerhatian, ramai yang suka, dan ramai juga yang menyampah dengan keterbukaan hubungan percintaaan yang ditampilkan oleh penyanyi Shila Amzah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sering kali juga timbul cakap-cakap orang bahawa Sharnaaz ini agak baran dan sering mengongkong pergerakan Shila. Melalui mStar Online, Sharnaaz tidak menafikan yang dia mengongkong Shila, namun mempunyai alasan mengapa dia berbuat begitu. Menurut Sharnaaz, dia mengongkong Shila kerana menganggap penyanyi itu sebagai bakal isterinya.

Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.

Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya.

Advertisement

Sharnaaz juga memberitahu tidak mahu bercakap lagi soal percintaan, sebaliknya ingin menumpukan kepada soal perkahwinan dengan Shila.

Namun bukankah hubungan percintaan / perkahwinan yang baik patut berlandaskan pada kepercayaan antara pasangan?

Mungkin keduanya patut mengurangkan publisiti tentang perkahwinan selagi belum pasti bila ia akan terjadi. Maklumlah, manusia hanya merancang, hanya Tuhan yang menentukan. Kita doakan yang baik-baik saja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...