Sharnaaz Ahmad Idam Isteri Yang ‘Respect’ Dirinya 100%, Netizen Komen – “Memilih Ni, Tak Lawa Tapi Hormat 100% Berlambak”

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Idam Isteri Yang ‘Respect’ Dirinya 100%, Netizen Komen – “Memilih Ni, Tak Lawa Tapi Hormat 100% Berlambak”

Dalam satu sesi siaran langsung di Instagram, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan bahawa dia menginginkan seorang wanita yang benar-benar menghormatinya.

Pelakon berusia 40 tahun itu mengakui masih belum menemui calon isteri yang memiliki ciri tersebut dan kini masih dalam pencarian.

Advertisement

Saya duda sampai hari ini sebab saya masih belum jumpa seorang perempuan yang boleh faham konsep itu.

Sayang saya boleh bagi seratus peratus, tetapi saya perlukan rasa hormat juga seratus peratus daripada dia. Itu sahaja. Kalau saya jumpa, insyaAllah saya akan kahwin.

Sementara itu, di ruangan komen Threads, seorang peminat memberi pandangan berbeza berhubung ciri wanita yang dinyatakan Sharnaaz.

Menurut individu tersebut, agak sukar untuk menemui wanita yang benar-benar sempurna, namun dia tetap mendoakan agar Sharnaaz bertemu jodoh yang sesuai.

Kalau tak cantik tapi hormat 100%, berlambak. Apa-apa pun, InshaAllah niat baik Allah permudahkan. Good luck Mamu.

Sebagai makluman, Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila, kakak kepada pelakon Neelofa, pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Namun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 menerusi prosiding hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

video lama athira yuhada dan hafidz roshdi
18 hours ago

"Dah Iras Fizie Dan Susanti, Comel Je.." - Tular Video Hafidz Roshdi Dan Isteri Berlakon Bersama Ketika Remaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...