July 3rd, 2020

Sanggup mengetepikan konflik yang wujud antara dirinya dan isteri Noor Nabila demi cahaya mata mereka Jebat Jayden, pelakon Sharnaaz Ahmad kini dikhabarkan bahagia menjalani kehidupan seharian selepas tiada lagi halangan untuk bertemu Jebat.

sharnaaz dapat jumpa anak tiga kali sehari

Sharnaaz menegaskan, beliau hanya menyerahkan segalanya kepada mahkamah bagi menentukan status rumah tangga mereka.

“Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan.. itu cukup memadai.

Menurutnya, hal penjagaan anak merupakan keutamaanya berbanding perkahwinan. Hal ini kerana, beliau kini seakan mampu menzahirkan rasa syukur apabila dibenarkan bertemu anak pada bila-bila masa.

Rentetan itu, pelakon yang popular menerusi drama Suamiku Encik Sotong ini juga sempat mengucapkan terima kasih buat kakak kepada pengacara popular Neelofa ini kerana memahami nalurinya sebagai seorang bapa.

sharnaaz dapat jumpa anak tiga kali sehari

“Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak.. sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali.”

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan dirinya meluangkan masa sebanyak tiga kali sehari bertemu Jebat di kediaman milik isteri.

sharnaaz dapat jumpa anak tiga kali sehari

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seoarang cahaya mata lelaki yang kini berusia setahun. Namun rumah tangga pasangan ini dikhabarkan semakin dingin apabila Nabila bertindakn memfailkan penceraian terhadap suaminya pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Sharnaaz mengakui dirinya kini sedang berusaha untuk berbaik semula dengan isteri.

Sumber: mStar


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...