Setelah Qi Razali cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad dalam sebuah drama baru-baru ini, kali ini giliran Emma Maembong pula berlakon dengan Sharnaaz menerusi drama Bintang Hati. Melihat perkembangan ini, para peminat Zizan dan Emma melahirkan rasa kebimbangan kerana takut kemesraan antara Sharnaaz dan Emma akan membuatkan Zizan cemburu dan rasa tidak selesa.
Malah menerusi beberapa komen di Instagram, ada peminat yang sudah memberi amaran kepada Sharnaaz agak tidak melakukan aksi peluk mesra terhadap Emma Maembong seperti mana yang pernah dilakukan kepada Nelydia Senrose. Namun menerusi Astro Gempak, Zizan memaklumkan yang dia tidak risau akan perkara tersebut. Kata Zizan:-
Saya tahu Emma pandai jaga diri, dia tahu macam mana nak membataskan pergaulan dia sebagai seorang gadis timur. Kepada peminat-peminat semua, tak perlulah risau…Emma cuma berlakon, dia gadis Melayu dan dia tahu jaga maruah pelakon Melayu. Jangan cakap Sharnaaz macam tu… Saya tahu Sharnaaz seorang yang sangat profesional dalam ketika berkerja.
Cool kan Zizan? Ini barulah kekasih sejati. Tidak cemburu buta dan percaya kepada teman wanita. Walaupun pasti hati ada sedikit terbakar, namun kerana memahami kerjaya kekasih hati, itu semua dipadamkan buat sementara waktu. Diharap Sharnaaz pun tak adalah “bakar line” dengan berkongsi gambar mesranya bersama Emma Maembong nanti walaupun untuk tujuan promosi. Hehehe.
P.S: Seorang drummer wanita yang boleh buat jejaka jatuh cinta