Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sudah Bertunang?

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sudah Bertunang?

Tahniah kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sudah melangkah ke fasa lebih serius dalam perhubungan percintaannya dengan  Noor Nabila, apabila keluarganya dikatakan sudah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada tengah hari tadi.

Advertisement

Berita gembira itu turut dikongsi oleh adik Noor Nabila sendiri iaitu Ameera yang memuat naik foto sewaktu ibu Sharnaaz menyarungkan cincin kepada Noor Nabila.

Malah, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya juga memuat naik foto beliau dan Sharnaaz dengan kapsyen agar hubungan mereka kekal sehingga jinjang pelamin.

Mereka menyulam cinta lebih daripada setahun dan meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, hubungan percintaan mereka tetap utuh.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, semoga segala perancangan mereka untuk bernikah berjalan dengan lancar. Memang dah sepadan tu..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...