Teka-teki jantina cahaya mata sulung pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila isterinya, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Nabila memuat naik video imbasan bayinya itu dengan kapsyen betapa beliau bersyukur dengan “hadiah” terindah yang dikurniakan dan betapa beliau tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak sulungnya. Kini usia bayi sudah 22 minggu dan berada dalam keadaan sihat.
Rata-rata netizen mendoakan agar segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar dan turut tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan ini nanti.