Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Bakal Berkahwin 31 Mac Ini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Bakal Berkahwin 31 Mac Ini

Setelah lama membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Sharnaaz Ahmad hari ini mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac ini.

Advertisement

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh Sharnaaz sebentar tadi di Clubhouse Duta Tropika.

Difahamkan, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah malam di kediaman pengantin perempuan secara tertutup.

Kami bakal mengadakan tiga acara berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis keluarga saya di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.

Sementara ini, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup, namun kami akan menyediakan jurugambar rasmi pada acara berkenaan. Bagaimanapun semuanya masih dalam perbincangan.

Sharnaaz memberitahu beliau akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isteri, berbalas tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Sharnaaz dan Noor Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada Disember tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan yang sama cantik sama padan ini, semoga segala perancangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila untuk hari bahagia mereka akan berjalan lancar. Harapnya perkahwinan yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...