Sharnaaz Ahmad Dan Anis Al Idrus Sudah Berkenalan Dengan Keluarga Masing-Masing

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Dan Anis Al Idrus Sudah Berkenalan Dengan Keluarga Masing-Masing

Pernah di gosipkan sudah putus cinta, nampaknya Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus masih lagi kekal bersama. Boleh dikatakan pasangan sama cantik sama padan, kedua-dua mereka kini lebih intim selepas bertemu dengan keluarga masing-masing.


Sharnaaz telah diperkenalkan kepada ibu dan bapa Anis pada awal lagi kerana bapanya Syed Zainal ingin mengetahui dengan siapakah anaknya itu berkawan kerana berada jauh di Indonesia.

Advertisement

Anis pula telah berjumpa dengan ahli keluarga Sharnaaz apabila beliau merencana untuk melakukan sambutan hari jadi Sharnaaz pada tahun lalu.

Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa daya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia).

Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia.

Buat Anis, sokongan Sharnaaz yang tidak putus dalam apa sahaja yang dilakukan oleh beliau membuatkan si jelita ini terpikat dengannya.

Sudah agak lama mereka bersama, ramai yang sudah bertanya bilakah pasangan ini akan mendirikan rumah tangga. Enggan berbicara lanjut soal perkahwinan, Anis bagaimanapun mengakui aktor kelahiran Pulau Pinang itu adalah lelaki paling rapat dengan beliau sekarang.

Sebagai perempuan saya tidak layak untuk komen tentang perkara berkaitan hal perkahwinan. Apa-apa pun biar dia yang beri kenyataan tentang hubungan kami. Buat masa ini apa yang saya boleh cakap,  dia adalah dia lelaki paling rapat dengan saya.

Erm apa yang ditunggu lagi, Sharnaaz pun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan ingin mempunyai keluarga kan? Sudah sesuai rasanya untuk kedua-dua mereka berkahwin.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...