Bila tiba sahaja tahun baru 2020, maknanya teknologi semakin pesat membangun dan sepatutnya sudah ada kereta terbang seperti yang selalu dikatakan pada zaman sekolah dahulu. Namun, hakikatnya tiada pun kereta terbang dan ia menjadi bahan jenaka netizen di media sosial.
Bagaimanapun, pelakon Sharnaaz menganggap jenaka kereta terbang pada tahun 2020 adalah satu perkara yang agak membosankan.
Daripada membuang masa melawak mengenai kereta terbang, adalah lebih baik jika kita berusaha untuk mencapai impian tersebut.
Daripada dulu lagi kita sering disogok dengan angan-angan bahawa kononnya akan wujud kereta terbang pada tahun 2020, tetapi kita belum ada teknologi yang cukup canggih. Apa-apa pun, benar kata Sharnaaz, tidak perlu mengherdik impian untuk ada kereta terbang dan seharusnya berusaha untuk merealisasikannya.