Satu ketika dahulu, Sharnaaz Ahmad turut sama pernah dilanda kontroversi dengan para wartawan. Namun sikapnya yang tidak ego, pandai merendah diri dan sudi berbincang menyebabkan kontroversi itu tidak berpanjangan. Sekarang ini, Sharnaaz Ahmad boleh dikatakan salah satu pelakon pujaan dan popular Malaysia. Melihat apa yang telah terjadi kepada bekas kekasihnya Sharnaaz memberikan sedikit kata-kata nasihat buat Shila Amzah.
Kata Sharnaaz:-
Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.
Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh.
Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan.
Semoga nasihat penuh makna dari Sharnaaz ini sedikit sebanyak akan membuka hati Shila Amzah untuk menjernihkan keadaan dengan para media. Sama-samalah kita nantikan penjelasan ND Lala mengenai kontroversi anaknya dalam sidang media yang akan berlangsung sebentar lagi. Sumber Mstar Online.